diet mengikut darah~~

diet ni di buat oleh Dr. Peter J.D 'Adamo. hihi dia mengatakan setiap jenis darah akan menunjukkan kesan reaksi terhadap makanan yang kite makan. meh kite tengok ciri2 dan diet yang disyorkan:

DARAH A



ciri-ciri:
1. memiliki sistem pencernaan yang sensitif.
2. perlu hindari makanan dari produk susu dan daging
3. dianjurkan menjadi vegetarian / makan makanan berkarbohidrat tinggi tapi rendah lemak.
4. megurangkan stress dengan cara bermeditasi / berolahraga
5. cukup beristirehat

diet yang disyorkan:
1. sarapan - air putih yang dicampur limau nipis, oat
2. snek - jus anggur / kopi
3. tengah hari - salad, roti gandum, teh herba
4. snek - kuih beras 2 potong, teh hijau
5. pasta tanpa daging + brokoli, yogurt, teh herba

DARAH B


ciri - ciri:
1. diet disyorkan - pelbagai variasi makanan, tapi perlu hadkan daging.
2. banyakkan makan makanan dari produk susu untuk tingkatkan imunisasi.
3. olahraga yang sesuai - berenang, tenis, meditasi, jalan kaki.
4. untuk mengurangkan stres, disarankan memiliki hobi / aktiviti berasaskan kreativiti.

diet yang disyorkan:
1. sarapan - bijirin, buah pisang, susu tanpa lemak
2. snek : jus anggur
3. makan tengah hari : sepotong dada ayam, dua potong roti, salad, teh herba
4. snek: jus limau/yogurt, teh herba
5. makan malam: sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan, teh herba

DARAH AB


ciri-ciri:
1. memiliki sistem pencernaan yang sensitif
2. disarankan makanan dalam portion yang sedikit tetapi kerap
3. untuk lebih bertenaga, olahragalah setiap pagi

diet yang disyorkan:
1. sarapan: air limau, jus anggur, roti dua potong, 1 potong keju
2. snek: yogurt
3. makan tengah hari: dada ayam empat hirisan, salad, dua biji plum, teh herba
4. snek : kek keju, teh herba
5. makan malam: omelet, salad buah, kopi

DARAH O


ciri-ciri:
1. memiliki sistem imunisasi yang lebih tinggi
2. mudah mengadaptasi pelbagai makanan
3. untuk mengatasi tekanan elok melakukan aerobik
4. disyorkan mengambil makanan yang tinggi protein tetapi rendah karbohidrat
5. berisiko untuk menghidapi radang dan juga kerosakan organ kalau pemakanan tidak betul

diet yang disyorkan:
1. sarapan: 2 potong roti bakar + mentega, sebiji pisang
2. snek: teh herba
3. makan tengah hari: sepotong daging panggang, salad bayam, epal
4. snek: sepotong kuih
5. makan malam: sepotong daging lembu, asparagus yang direbus, kentang rebus, buah - buahan

p/s: diet2 ni more to western diet. kalau anda mahu mengikut diet ni, adakah anda bersedia meninggalkan nasi?

Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~