Dilema menyambung pengajian ke MBA?

Salam aidilfitri..

Nampaknye ramadhan sudah meninggalkan kita dan syawal sudahpun tiba. Agak sedih sebenarnye.. Huhu

Ok, berbalik kepada tajuk post atas ni, mis nak wat satu post mengenai dilema mahu menyambung pengajian ke peringkat master. Dalam skop saye, master in business admin di uitm. Memang x dinafikan ramai yang nak menyambung pengajian walaupun tidak mempunyai background business.

Dilema ini kebanyakannya hadir apabila individu tersebut sudah mempunyai pekerjaan tetapi ingin menyambung pengajian.

Nampaknya ada individu yang ada masalah ni dan menanyakan kepada saya kesibukan full time mba ni.

Bagi pengalaman saye sebagai student full time mba selama 2 sem (1 tahun), memang x dinafikan agak sibuk tapi xdelah mase untuk diri sendiri. Cume kalau nak bekerja sambil wat full time tu kire agak mustahil jugakla.

Untuk lebih detail, biar saye terangkan setiap sem punya subjek. Untuk sem 1, ada 6 subjek perlu diambil, antaranye akaun, human resource, marketing, aplied business research, ekonomi dan organization behavior. Yg agak berat sket sem ni adalah ekonomi dan research. Tapi assignment setiap subjek agak banyak equally. Markah pulak ditentukan melalui kuiz, test, assignment, presentation, projek, dan final exam. Ada lecturer yang x wat kuiz, test or final exam. Depends pada lecturer tersebut.

Untuk second sem pun same juga.. Ade 6 subjek. Saye sudah x ingat ape subjeknye.. Tapi yg pasti applied business research part 2 still ade.. Hehe dalam sem ni jugak ada 1 subjek elektif iaitu subjek major anda. Major yang ada time batch saye ni marketing, finance, enterpreneur, dan opm.

Untuk last sem ni, ade 5 subjek tp yang paling tensen adalah presentation akhir atau thesis untuk research. Subjek2nye termasuklah 2 subjek elektif, strategic management, dan global business.

So, itulah secara detail tentang subjek2 mba full time di uitm. Untuk part time saya rasa subjek tidak begitu banyak berbanding full time dan 1 subjek untuk 1 bulan. Tapi yurannye lebih mahal dan jangka masa agak lama untuk menghabiskannya.

Jadi apakah kriteria yang perlu diambil kira semasa mahu mengambil mba?

1. Sebab anda mahu menyambung mba. ( adakah selari dengan kerjaya yang anda mahukan?)

2. Kewangan.

P/S: good luck for those yang nak amik mba. Iklsn akan keluar bulan 10 ni. Harap post ini dapat membantu. :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~