Pembiayaan untuk MBA UiTM

salam pagi~

setakat ni saya dah dapat lebih kurang 10 orang yang email bertanyakan tentang Master of Business Admin di UiTM ni. kebanyakan yang bertanya adalah soal yuran dan dan juga bantuan pembiayaan yang ada untuk MBA ni.

ok, untuk pembiayaan bagi MBA bagi UiTM ini adalah:

3. Tenaga Pengajar Muda Scholarship.

PTPTN

bagi PTPTN, ia adalah pinjaman. nak buat pinjaman PTPTN tu kenalah beli pin di Bank Islam (x silap saya). lepas tu akan dapat borang melalui email dan isikan plus fotostat dokumen apa2 yang perlu then tunggu orang PTPTN tu datang collect dokumen kita. selalunya, permohonan PTPTN boleh dibuat bila dah masuk UiTM sem 1. boleh minta penangguhan yuran sem 1 di bendahari IPSIS. selalunya dia akan masuk nak dekat final exam. dianggarkan yuran coursework full time MBA UiTM adalah rm 6000 bagi 3 sem (anggaran rm 2000 per sem). dan PTPTN akan dapat dalam rm 11, 250 (rm 3750 satu sem). setelah ditolak yuran, akan ada lebihan rm1750 untuk satu sem (sara hidup).

tapi selalunya akan dapat rm15,000 total bagi 4 sem (jika ada extend sem, ptptn akan masuk lebihan rm3750 ke sem 4). jika tiada extend, PTPTN tidak akan proceed dengan pemberian wang untuk ke sem 4, so total PTPTN anda ialah rm 11, 250 (macam saya tulis diatas tadi).

MY BRAIN 15, MY MASTER.

bagi My Brain 15, My Master pula, kena dapatkan dulu admission dari mana - mana universiti, baru boleh apply. application boleh dibuat di laman web dia. selepas itu anda kena cek di laman web dia sama ada anda dapat atau tidak. download surat tawaran dari laman web tersebut dan hantar kembali dalam masa seminggu dari tarikh anda dapat surat tawaran. selepas hantar surat, jangan lupa untuk hubungi mereka untuk mengetahui status permohonan anda. juga nak bagitahu, biasiswa ni kena wat pemeriksaan kesihatan. hehe leceh siket.

TENAGA PENGAJAR MUDA UITM (SCHOLAR)

ni adalah biasiswa bagi sesiapa mahu jadi pensyarah muda UiTM. berkemungkinan iklan akan kuar dalam bulan Jun 2012 ni. anda hendaklah masuk ke laman web dia www.uitm.edu.my. lepasan ijazah boleh memohon bagi peringkat master. dan lepasan sarjana boleh memohon untuk peringkat Phd. adalah dinasihatkan jika anda mahu mendapatkan biasiswa ini, biarlah dapat dahulu tawaran sebelum memulakan master anda. ini kerana agak sukar nak dapat jika anda sudah memulakan pengajian master dan baru nak mohon.

p/s: hope post ni membantu. ini berdasarkan pengalaman saya je. :)



Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~