Banana and Mixed Fruit Cake. Simple!


salam tengah hari..

dah lama mis x share resipi masak. masak ni salah satu hobi jugak. resipi ni adalah agak mudah. x payah pakai mixer segala. ok, mulelah bahan2 nye:

A - bahan untuk dipanaskan
1. 130 g butter
2. 1 sudu kecil esen vanila
3. 1 cawan gula halus perang

4. 1 biji telur
5. 4 biji pisang (3 biji dilenyek, 1 biji di potong nipis2)
6. 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik blue key
7. 1/4 susu
8. buah buahan kering campuran / mixed fruit (1 genggam / terpulanglah nak letak berapa banyak)

mula - mula panaskan oven pada 170c. letakkan butter dan gula ke dalam fry pan dengan api yang kecil. kacau sehingga gula tersebut cair dalam butter. lepas tu, letakkan vanilla dan kacau rata. padamkan api.

masukkan bahan A yang telah dipanaskan tadi kedalam pisang yang telah dilenyek. kacau rata. masukkan telur, tepung dan susu dan kacau rata. masukkan buah-buahan kering dan kacau lagi..

ambil loyang cake dan griskan dengan sedikit butter (untuk mengelakkan kek daripada melekat). bahagikan bahan-bahan yang telah digaul tadi kepada 2 bahagian - bahagian 1 dan 2. letakkan bahagian 1 kedalam loyang tadi dan ratakan. ambil buah pisang yang dihiris nipis dan susunkan di atas bahagian 1 tadi membuat 1 lapisan pisang. setelah lapisan telah siap disusun, letak bahagian 2 diatas lapisan pisang tadi dan ratakan. 

masukkan loyang ke dalam oven selama 40 minit dengan suhu 170c. wallahh.. dah siap pastu mamam..

p/s: senang je.. :)

Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~