Cgpa for MBA UiTM~

salam rabu..


so hari ni penat buat proposal untuk minta 1 scholar phd ke Jepun. x taulah dapat ke x. ok, kali ni persoaln tentang cgpa / pointer yang harus ada bagi sesiapa yang nak sambung master business admin di uitm..

sebelum pape, mis nak minta maaflah kalau ada yang tersinggung untuk post ni. hanya mahu memberitahu sahaja. :)

ok, selalunya cgpa/pointer pada masa degree punya result bagi MBA di mana2 universiti awam termasuklah UiTM adalah : 

3.00 dan ke atas

semasa batch saya dahulu, UiTM masih mengambil tanpa experience kerja (fresh graduate) tapi disebabkan sebab - sebab tertentu (ada unsur kurang menyenangkan di sini), sekarang UiTM tidak mengambil lagi bakal pelajar tanpa pengalaman kerja sekurang kurangnya 2 tahun. so, buat sesiapa lepasan degree tu dinasihatkan kerja dulu 2 tahun, baru sambung master. 

saya ni dikirakan agak bertuah kerana saya ni fresh grad yang dapat terus sambung pengajian saya ke peringkat sarjana. tapi bila difikirkan balik, bagus juga bekerja sebelum sambung, sebab nak jadi pensyarah perlu ada pengalaman juga dan kadang - kadang ada sesetengah syarikat tu nak yang umur 25 tahun dan ke atas. so, kenapa perlu tergesa gesa kan?

tapi ada juga yang suka sambung terus, sebab x nak hilang rasa belajar tu. mungkin kalau mereka dah bekerja, takut tiada duit nanti bila belajar, atau tiada semangat lagi nak belajar (masuk kelas, buat assignment dsb).

ok, bagi yang cgpa bawah 3.00 pointer dan masih mahu belajar, boleh.. bukan x boleh.. caranya:

1. pengalaman kerja mesti lebih dari 2 tahun.
2. mendapat recommendation dari majikan untuk sambung belajar.
3. ambil MBA di IPTS.

bagi yang nak jadi pensyarah tu, saya sarankan selepas habis sahaja degree, cuba minta kerja guru, atau pensyarah (yang menggunakan qualification degree) sebelum sambung master. 

p/s: saya masih tercari - cari kerja sebagai pensyarah. hmm sekarang ni ambil je mana yang offer. -_-"

Comments

Anonymous said…
salam cik twit2...kalo mcm sy ni cgpa 2.97 tipis la harapan tuk smbung mba kt uitm ye even sy ade 3 years working experience dlm banking field???
mis fatin said…
Awak still boleh apply. Tipis tu memang agak tipis sebab saya pernah tengok banyak application yg ditolak sebab bawah 3 walaupun ada pengalaman kerja. Tapi x tau jika ada rezeki kan. X salah nak mencuba. Good luck!
Anonymous said…
Boleh sebenarnya ambik MBA pointer bawah 3 ... asalkan pengalaman lebih 2 tahun dan dapat academic reference letter dari pensyarah masa kita buat degree ...
Bob said…
salam cik twit2,

kalau mcm sy yg takde basic business dan economy boleh ambil ke? cgpa pun ketirisan jauh 2.74 tapi dari ipta di serdang nun.. pengalaman kerja unrelated to business 3 tahun.
Bob said…
Silap pengalaman kerja eksekutif rnd 3 tahun (technical field)
mis fatin said…
@Bob kalau xde basic business, biasenye akan wat mba uitm ni dalam 2 tahun. 1 sem adalah foundation. ttg pointer tu, just apply je. insyaallah dapat tu. :)
miss saya final year degree uitm arau,kalau apply terus tak boleh ke miss.kene ada pengalaman kerja ke
mis fatin said…
@♛ siTi NurLala ♛ salam lala, lala boleh apply. xde masalah. tapi kalau boleh biarlah keputusan penuh dah dapat baru boleh apply., kalau ada transkrip kertas pun ok. pengalaman saya x berani jamin nak cakap. sebab masa saya mintak mba, uitm nak ambil ramai student, so fresh grad pon di consider. lala try je apply k. kite tak tau rezeki kite kan.. :) good luck
Anonymous said…
Hye Dear ,I nak kongsikan pengalaman I masa interview utk fast track MBA baru2 ni..Dengan hanya 3.07 saya diterima utk belajar Master ni..Sedangkan my best partner 3.29++ beliau tak diterima masuk..Mungkin atas faktor2 lain selain cgpa..Korang yg cgpa atas pagar macam saya jgn patah semangat! Buat sehabis baik ketika interview,mesmerize the interviewer,inshaAllah rezeki tetap ada~MIss B
mis fatin said…
@Anonymous congrats!! sebenarnya yg dlm interview tu lebih enting. x kesah lah atas pagar ke.. yg penting cgpa 3.0 ke atas. tapi x surelah kalau ada yg bwh 3 diterima masuk

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~