Helper For Your Study!

Assalamualaikum wbt..

mis sedang membawa kereta, teringat kepada perjalanan mis menghabiskan MBA mis dulu. memang manis,, tapi payah. yang manis nya, rakan - rakan yang membantu , macam macam dugaan yang kami tempuh bersama. tapi di saat2 manis tu, kami juga banyak menggunakan penolong serbaguna. post kali ni nak mengimbau balik post2 yang dulu mis pernah letak dalam blog ni.

Penolong # 1: Dropbox.


Dropbox ni sangat membantu share link kepada kawan2. dengan adanya public folder dalam dropbox ni, kamu boleh create link kamu sendiri dan beri kepada kawan kamu tanpa perlu menggunakan email , nak download lagi, pastu nak upload lagi kan.. contoh link saya beri , http://dl.dropbox.com/u/13380867/MIS/Ebay%E2%80%99s%20Business%20Model%202.pptx <-- kalau kamu nak tengok salah satu assignment kerja kumpulan mis pernah buat, tekanlah! 

Penolong # 2: Facebook Group.


bila orang katakan tentang facebook group, ramai yang menyampah, sebab selalunya diaorang buat alumni, atau kelab2 yang ntah hapa2, tapi app ini boleh digunakan sebagai medium untuk belajar dan berkongsi maklumat. boleh dikatakan hampir semua pelajar sekarang ini mempunyai akaun facebook, nah, apa lagi, gunakan website ini sebaik baiknya. bukan sahaja untuk bersosial, tapi boleh digunakan demi tujuan ilmiah. FB Group ini boleh buat memo, doc dan alert untuk semua classmates kita. sangat membantu untuk ketua kelas, hehe saya ada pengalaman itu. 

Penolong # 3: Google Docs


Google Docs memang boleh membantu dalam membuat kerja2 ilmiah. tapi mis banyak gunakan google docs ni bagi membuat soalan kaji selidik bagi satu kajian sosial (research). questionnaire yang dibuat boleh di buatkan link bagi mengambil data2 dari rakan rakan maya kita melalui email, fb, twitter dan sbg. mis yakin yang google docs ni banyak fungsi lain, cuma mis belom terokai.

Penolong # 4: Weebly


weebly adalah website free yang anda boleh gunakan untuk membuat website sendiri. template senang, dan juga lawa boleh menyenangkan kerja anda sebagai pelajar. jika anda ada asas HTML lagi bagus, sebab boleh nampak website anda lebih kemas. mis gunakan website ini untuk membuat assignment yang melibatkan business dalam website. mis juga gunakan ini untuk membantu rakan2 yang lain membuat website mereka. 

p/s: gunakanlah internet sebaik mungkin, ia mampu menjimatkan masa dan menjadikan anda lebih efisien sebagai pelajar. zaman sudah moden, fikiran juga mesti mahu moden!

Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~