Subjek2 MBA UiTM Coursework Full Time Sem 2

salam pagi :)

ok, kita teruskan dengan subjek2 di sem 2. seperti sem 1, sem 2 juga ada 6 subjek. kali ini, sem ini sudah ada 1 subjek major masing - masing dan dalam kes saya, saya ambil major MARKETING. lagi 5 subjek adalah subjek wajib bagi semua pelajar. dalam batch saya ada beberapa major seperti marketing, corporate management, entrepreneurship, dan finance. major2 ini dibuka bergantung kepada permintaan pelajar, kalau ramai yang minta, major tersebut akan dibuka. so subjek2 sem 2 adalah:

Subjek wajib

1. Applied Business Research (proposal) 

subjek ni adalah subjek yang berasal dari subjek Business Research Methodology di sem 1. penasihat research perlulah dicari ketika ini yang datangnya daripada pensyarah sendiri. proposal kajian mestilah dihantar di akhir sem ini. gred bagi subjek ni adalah lulus dan gagal sahaja. 

2. Managerial Finance

subjek ini agak menggerunkan. penuh dengan pengiraan. hampir putus asa dengan subjek ini. tapi alhamdulillah lulus.

3. Managerial Decision Analysis

subjek yang pada saya boleh tahan. :) berkaitan dengan pengurusan perniagaan lebih kurang.

4. Information Technology Management

subjek ini melibatkan banyak penggunaan WWW. kepada yang pandai IT tu, ada kelebihan bagi subjek ini.

5. Operation Management

subjek ini melibatkan pengiraan juga tetapi tidaklah sesukar finance. agak menyeronokkan bagi saya. :)

Subjek Major Marketing:

6. Consumer Behavior for Marketing Decision

yes, mis sangat suka mengkaji psikologi orang terutama pengguna. subjek ni menarik dan semestinya banyak presentation. :)

p/s: sambung ke sem 3..


Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~