Passionssss~

salam malam..

dah nak dekat raya ni, mis ada jugaklah masa terluang nak buat post, sebab kuih raya da siap, persiapan tahun ni siap agak cepat. malas nak kelam kabut time nak raya tu kan.

ok, post ni mis nak citer pasal passion mis. x tau kenapa nak citer pasal diri sendiri siket hari ni. dah lama x rase blog ni macam blog sendiri. hiihihihi.. mis sebenarnya banyak sangat passion / kesukaan. pada saya, kita hendaklah discover diri kita sendiri, belajar sesuatu yang baru dan cuba untuk cabar diri sendiri supaya hidup tu x lah bosan sangat dan rasa macam useless je kan.

Passion yang pertama: MUZIK


mis sangat sukakan muzik. terutama sekali islamik muzik macam maher zain dan sami yusuf. passion ini merangkumi menyanyi, menggubah lagu, bermain alat muzik dan juga menulis lirik. buat masa sekarang, mis adalah membuat satu dua lagu berunsurkan islam. baru nak berjinak jinak dengan muzik islamik ni. dulu, buat banyak lagu kontemporari ala ala Muse. artis - artis yang saya minat adalah maher zain, sami yusuf (kadang kadang dengar lagu dorang ni, meleleh ayak mata.. ahhah), muse, jason mraz, adam lambert dan juga paramore.

Passion yang kedua: Kucing


ni memang satu hal yang x boleh dipisahkan daripada saya. saya amat sukakan kucing, banyak facebook page pasal kucing saya dah follow, macam Kami Pencinta Kucing. saya sendiri pun membela seekor kucing yang namanya Kunyet, dah layan macam adik sendiri dah. saya paling x boleh tengok kucing mati tengah jalan. rasa nak nangis dan sayu je hati,, siap bayangkan kesakitan yang dialami oleh kucing tersebut semasa ia dilanggar. sadis.

Passion ke tiga : Membakar Kek dan Biskut


saya memang suka buat kek dan biskut. dan saya suka bagi kat kawan2 dan keluarga. makan kek n biskut tu saya x berapa suka. saya suka bagi orang lain makan. pernah dulu ibu nak tukarkan saya ke Institut Kemahiran Mara untuk ambil kos memasak. dapat tawaran SBP, x jadi pergi. kalau x dah jadi chf pastry dah sekarang. walaupun saya suka membuat kek dan biskut, saya x berapa suka memasak lauk. taulah beberapa jenis lauk, tapi x berminat nak ingat. kalau nak masak lauk tu, mesti telefon mak dulu, tanya resepi. hihi

Passion ke empat: Social Media / Internet



ni pon antara passion saya. pada saya internet ni memang banyak ilmunya. cuma saya x berapa nak pro. hanya belajar sendiri. seperti coding HTML untuk design web, adobe photoshop siket2, dan social media yang lain. :) sangat menarik sebenarnya, tapi mata saya ni sangat x tahan dengan laptop skrin. mata jadi ngantuk.

Passion ke lima: Mengajar


saya jugak sangat sukakan mengajar. sebab itulah saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran saya ke peringkat master. kalau boleh passion inilah yang saya mahu jadikan kerjaya tetap saya. mungkin kerana ramai sedara2 yang dah jadi cikgu. moyang dan atuk2 saya pon ada jadi guru mengaji. turun dalam darah la katakan. apa apa pun, saya mengharapkan saya boleh membantu untuk menyebarkan ilmu dengan cara yang terbaik untuk anak bangsa. cewah..

p/s: akhir kata, discover your talent. sebab itu akan membuatkan anda lebih menyayangi diri anda sendiri. :) peace!

Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~