Selamat Hari Raya Aidilfitri~

salam lebaran..



hari ni dah masuk hari ke 8 aidilfitri. mesti ramai yang buat open house kan? lambat sikit bagi wish sebab sangat bz tolong mak. hihi ramai pulak orang datang tahun ni. tapi budak budak semakin kurang, duit raya yang diberi pun tidaklah banyak. suka ke? eh, x lah. bagus lah bebudak ramai yang datang, boleh kita bersedekah, lagipon masa ramadhan hari tu, banyak juga membazir. huii

ok, di kesempatan ni, mis nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. apa apa terkasar bahasa, harap diampun. kosong kosong ye. dan mis nak berterima kasih atas kunjungan anda semua ke blog saya. tahun ni mis beraya di mersing, johor. insyaallah kalau dah berkahwin nanti, bertukarlah tempatnya (bila agaknya tu ye.. hahah)

so, bagi yang nak balik kampung beraya tu, berhati hati di jalan raya, biar lambat asalkan selamat, lagipon jpj dan polis banyak time raya ni, batalkan sahaja niat nak balik cepat tu ye. 

p/s: tahun ni kuih cornflakes madu yang mis buat laku. jangan makan kuih banyak sangat, nanti patah gigi. :P

Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~