Satu Ujian Untuk Ujian Yang Lain Part 1 ~

salam malam..

huii.. sedar x sedar dah nak habis syawal dah. harapnye korang happy yer sambut aidilfitri. :)

adalah satu cerita yang mis nak kongsi bersama. satu cerita yang taklah begitu gempak tapi bolehlah nak layan. pada saya, satu perancangan dari Tuhan yang Maha Esa.

ok, minggu lepas mis macam biasa dah selesai urusan interview di bandar kl ni, saya pun bersiap siap untuk pulang ke kampung.tiket dah beli, saya akan pulang ke kampung tepat pada pukul 11.30 malam di TBS.

masa saya nak kemas barang2, saya tiba2 mencari fail saya yang mengandungi sijil2 dari SPM sehinggalah sekarang bagi tujuan untuk mencari kerja lah kan. hilang! OMG..

macam biasa, kalau hilang, saya akan duduk termenung kejap memikirkan di mana saya letak fail tu. hah! baru ingat, saya letakkan di motor sebelah saya petang semalam semasa baru balik dari interview. adoi.. sangatlah pencicir saya ni. turun kat bawah blok (tempat letak motor) memang dah x de fail tu. mesti ada orang dah ambil,

pastu, saya bagitau abang saya, kena marah lah kan. kol mak, cakap x jadi balik. kena fikir pergi balik uitm untuk apply sijil2 baru. hmm memang leceh. malam tu saya fikir untuk buat advertisement, tampal kat bawah blok. harap2nya adalah harapan dapat balik fail tu. tapi jangan berharap sangat lah kan.

malam tu jugak saya buat solat taubat, solat hajat dan baca yassin berulang kali, atas tawakal saya kepada Allah SWT. apa apa pun Dia yang Maha Mengetahui kan..

p/s: sambung part 2.. :)

Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~