Satu Ujian Untuk Ujian Yang Lain Part 2 ~

salam malam..

ok, post kali ini adalah sambungan dari part 1, kalau nak baca TEKAN SINI

selepas selesai je solat2 yang tersebut, hati mis makin tenang dan keredhaan tu pun timbul. jika memang saya sudah tiada rezeki, kita terima sajalah ye x?

saya pun tidur dalam keadaan yang sedih tapi x lah menangis. benda dah hilang, nak buat macam mana. cuma saya harap orang yang pegang fail saya tu perasanlah iklan yang saya tampal di bawah blok memandangkan saya tinggal di flat blok. 

esoknya, saya bangun masih dengan tiada mood tapi adakan jugaklah, mis rasa sangat berterima kasih kepada abang saya yang selalu memberikan nasihat walaupun saya dalam keadaan sedih dan dia faham situasi tu. :)

tepat pukul 11 pagi, ada seseorang menghantar mesej kepada saya mengatakan fail saya berada dengan dia. masa tu x tahu dia tu lelaki ke perempuan, redah sahajalah. dia bagitahu rumahnya di tingkat berapa (satu blok juga) dan saya pergi ambil di rumah dia. alhamdulillah. doa dimakbulkan Allah, rasa sangat bersyukur. sesampai je di rumah dia, oh, perempuan rupanya.. saya memohon maaf kerana kecuaian saya meninggalkan fail tu dalam motor dia, dia ok je. 

tengah hari tu, rasa lapar pulak. saya pun sms rakan di blok sebelah, nak ajak makan. saya pinjam kereta abang dan pergi ambil dia. masa nak ambil tu, kawan saya ni sangat gelabah. dia cakap motornya dah hilang! aiyoo.. astaghfirullah.. kebetulan masa tu tiada siapa yang boleh tolong dia nak bawa ke balai polis, saya pun bawalah dia ke balai polis berdekatan. 

bila saya fikir balik, masalah fail saya tu rupanya ada hikmah disebaliknya. sesungguhnya Allah dah tetapkan itulah yang terjadi. timbul rasa penyesalan sebab tidak cukup bersyukur. moga Allah ampunkan dosa2 saya. Aamiin,,

p/s: buat rakanku Haizum, sabarlah menghadapi dugaan dan rintangan. mungkin sekarang tiada rezeki, Allah akan tambahkan kita rezeki yang lebih lagi. yang penting kita bersabar dan berpegang teguh kepada janjiNya. :)

Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~