Sedang Sambung Pengajian Master / PhD Boleh Apply Tenaga Pengajar Muda (TPM)?

salam pagi ahad.. :)

hari ni mis diserang sakit tekak. tak taulah boleh baik ke x sebab esok ada interview ni. huu

ok, kali ni tentang TPM (Tenaga Pengajar Muda) yang sedang hangat dibicarakan sebab interview TPM sedang rancak dijalankan. betul?

mis x dapat TPM interview lagi. hmm xpelah mungkin bukan rezeki. tahun depan apply lagi. ada beberapa fakulti yang sudah dipanggil interview termasuklah business fact. tapi yang mis dengar HR. tak taulah yang major lain kan.

ok, ramai jugak yang nak tahu boleh ke sedang sambung pengajian Master nak apply untuk TPM Master ye? jawapannya, tak boleh.

syarat baru memang sudah diguna pakai semasa tahun 2010 lagi yakni student yang sudah mendapat tempat pengajian tidak boleh lagi mendapat TPM ni. kalau dapat pun interview TPM, walaupun anda sedang dalam pengajian, memang xkan dapat.

ini bukan olok olok, ini adalah fakta dan ia berdasarkan pengalaman mis sendiri ye. mis dan batch saya ketika itu (tahun 2010) pergi ke interview TPM ni semasa dalam pengajian MBA (semester pertama) dan keputusannya, tidak dapat. kesemuanya yang sedang dalam pengajian.

so, sesiapa yang nak apply TPM tu, bagi yang sedang dalam pengajian, lebih baik apply untuk TPM PhD pulak. dan sebelum apply untuk TPM PhD tu, jangan apply dulu mana2 tempat. dah dapat TPM, barulah dia akan suruh anda cari tempat pengajian anda di mana2 universiti.

dan sesiapa yang dah dapat tempat untuk PhD sebelum apply TPM PhD, kesnya sama je dengan yang di atas.

dan fikir balik, apakah relevantnya syarat ni kan? sama je kan? x sama. proses TPM ni sendiri sehingga mendapat duit biasiswa itu sendiri memakan masa yang agak lama. dianggarkan setahun. so prepare yourself untuk menyara diri anda sendiri selama itu. kalau anda bernasib baik, proses itu akan cepat. tetapi apa yang dialami oleh rakan2 saya, itulah yang berlaku.

so kalau Master ambil masa 1.5 tahun untuk habis pengajian, proses ambil masa setahun, macam mana kan? interview semester pertama, berbaki 2 sem lagi (setahun), memang lepas habis pengajian lah kan baru dapat. betul?

untuk kes PhD, saya kurang arif. sebab saya tak sambung lagi. kihkih.. 

p/s: sorry if ada yang tersinggung. saya cakap berdasarkan pengalaman. hanya memberi informasi.


Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~