Friday, September 21, 2012

Yuran MBA coursework di universiti awam - Part 1

assalamualaikum w.b.t

mis ada jugak dapat beberapa soalan yang menanyakan tentang yuran MBA di universiti2 lain selain UiTM. sebenarnya, kalau berdasarkan pengalaman, memang tiada lah kan sebab mis belajar MBA di satu universiti je iaitu UiTM.

untuk menjawab persoalan anda, mis kumpulkan maklumat untuk kamu semua di universiti2 awam di Malaysia. yang mis akan kira ni adalah anggaran dari apa yang saya faham k? ini adalah kira2 untuk MBA Coursework Full Time. untuk yang lain, anda boleh tekan link k..

1. UiTM (Universiti Teknologi Mara)

ni memang dari pengalaman mis. anggaran satu kos (minimum 3 semester = 1.5 tahun) adalah RM 6000 ++. anggaran satu sem adalah RM 2000.

2. UPM (Universiti Putra Malaysia)

link yuran : TEKAN SINI

saya x berapa faham sangat tentang yuran "tanpa yuran kredit" dengan "yuran kredit".. (-_-") ok, kalau di sini, ada 3 sem, sama seperti UiTM. anggaran untuk MBA coursework terbahagi kepada dua:

1. Tanpa tesis dengan yuran kredit = RM 3100. 
2. tanpa tesis dengan yuran kredit = RM 3700

murah pulak! tapi mis memang ada pernah dengar yang UPM murah yuran dia. ok, bagi yang nak tengok link ni, MBA ni termasuk dalam Social Science dan yang mis kira ni adalah untuk warganegara.

3. UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia)

link yuran: TEKAN SINI

ok, untuk UKM pulak, minimum 4 semester. anggaran yuran adalah:

RM 6125 + RM 1300 (thesis exam) = RM 7425

4. UM (Universiti Malaya)

link yuran: TEKAN SINI

ok, untuk UM, minimum semester adalah 4 semester. anggaran yuran total adalah RM 25, 766.70

5. Universiti Sains Malaysia (USM)

link yuran: TEKAN SINI

ok, untuk USM , saya x berapa pasti berapa minimum semester tapi anggaran yuran MBA dia adalah RM 16, 940 iaitu ada dua major , MBA dan MBA (International Business).

6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

link yuran: TEKAN SINI

untuk UTM, dia ada 3 semester panjang dan satu semester pendek. anggaran yuran adalah RM 21,000

p/s: setakat ini sahaja part 1, MBA coursework full time yuran di universiti awam. nanti mis cari yang lain lagi k! dan kenapa yuran ni penting? sebab nak membayarnyelahkan.. :D tapi yang penting, bagi sesiapa yang nak apply MYBRAIN 15 tu, kena ingat, MYMASTER hanya cover sehingga RM 10,000 sahaja. kalau yang lebih2 tu, anda kena bayar sendiri k!

9 COMMENTS:

Anonymous said...[Reply to comment]

rasanya yuran mba da naik sekarang (sehingga september 2013):

upm: RM26K ++
ukm: RM22K ++

mis fatin said...[Reply to comment]

@Anonymous ok thanks for the update!

Fahri Farhan said...[Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
Fahri Farhan said...[Reply to comment]

Salam.. sy mba ukm.. intake sep 13.. yuran rm 22400.. tp for intake feb 14 sy tgok lagi naik.. almoat 25k.. just sharing hihi

mis fatin said...[Reply to comment]

@Fahri Farhan tq for the updates!

Anonymous said...[Reply to comment]

part time mba brape RM di uitm? 2.5 tahun (5 sem) kan?

Miss Fatin said...[Reply to comment]

@Anonymous part time saya x berapa sure berapa sem. tapi saya ada dgr kawan saya ambil part time , yuran dia lebih kurang RM 18k +. tq sbb bertanya!

Tutorsindia said...[Reply to comment]

Nice post that you have shared here. Try to share more information.!!!
MBA coursework

Words Doctorate said...[Reply to comment]

The blog article very surprised to me! Your writing is good. In this I learned a lot! Thank you!

PhD Thesis Writing Services

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...