Diri Saya dan MBA UiTM

salam malam..

sekarang mis da ada di kampung. :D rindu nak jumpa mak dan kucing. walaupun baru 5 hari. hahah

ok, ada juga pembaca yang email kalau nak tanya, mesti tanya background MBA saya dulu. ok, sekarang nak cerita lah kan (bukan nak megah diri ye).. hanya nak berkongsi alang alang tu kan.

Nama ?
mis fatin, panggil mis pon boleh, fatin pon boleh..

Umur?
rahsia.. xde maknanya nak rahsia kan. umur saya 24 tahun.

Ambil MBA di mana?
ambil MBA kat UiTM. full time, major in marketing. coursework.

Bila ambil?
dari julai 2010 sehingga januari 2012. sebanyak 3 sem. sepatutnya habis akhir tahun 2011, tapi disebabkan rombakan masa pengajian u mengikut u seluruh dunia, lambat sedikit habisnya. saya sambung sejurus selepas tamat degree, masa tu belom grad lagi tapi result exam akhir sudah keluar.

Yuran keseluruhan pengajian MBA ni?
rm 6000 lebih kurang.

Sumber kewangan semasa menyambung pengajian?
ptptn (dari sem 1 - 3), myBrain (hanya sem 3 sahaja sebab tahun 2011 baru bukak mybrain ni), dan duit mak. hihi

Kelas?
masa saya tu ada 3 kelas. dibahagikan kepada A, B, dan C. saya masuk kelas C. ada 30 orang dalam kelas tu. batch masa saya memang ramai berbanding batch2 sebelum ni.

Berapa lama duduk bercuti selepas degree sebelum dapat tawaran?
1 bulan.

Kenapa sambung pengajian?
sebab saya nak jadi pensyarah. itu memang cita cita saya.

Bila Grad MBA?
12 May 2012. lebih kurang 4 bulan setelah result exam akhir keluar pada bulan februari.

Pengalaman mengambil MBA?
sangatlah best sebab dapat kawan2 kelas yang sangat sporting dan fun!

Sibuk tak ambil MBA ni?
sibuk tu memang sibuk. tapi dalam kesibukan tu, gelak2 tu ada jugak.

Sistem grade?
MBA ni peratus gred lebih kepada assignment, dan presentation. final exam jarang mark up peratus yang tinggi, selalunya lebih kurang 30% - 40% sahaja. lain dari degree ok. 

p/s: ok, tu jelah nak kongsi, ada apa2 lagi nak tanya, jangan segan komen dan inbox email k!


Comments

salam dear.maera ade soalan.mcmana nk apply? maera tgh cari2 tempat nak amik MBA (human resource), kalau boleh kat kelantan. dah survey UMK, tapi yuran masyaAllah...20k.huhu~ hope boleh email maera ya evira85@gmail.com.
mis fatin said…
@Khumaera Ismail aka Mariam Ismail Wasalam dear. Sorry lambat balas ur komen. duk mencari mana website yg boleh tolong u. ok, i da jumpe da link dia : http://kotabharu.uitm.edu.my/kkb/cgs/index.php?option=com_content&view=article&id=5&Itemid=18
boleh klik situ. total fees dia rm 18k ++ di kelantan, uitm hny tawarkan part time shj , xde full time, kalau awak nak murah saya sarankan awak ambil full time (dalam 6-8k sahaja untuk total fees)
mis fatin said…
@Khumaera Ismail aka Mariam Ismail tapi full time hanya ada di shah alam.

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~