Monday, October 15, 2012

Interview - Universiti Kuala Lumpur

salam pagi!

Jawatan:
Marketing Lecturer

alhamdulillah.. interview lecturer mencurah curah masuk. itulah yang saya harapkan sebenarnya.so kali ni, mis nak ceritakan siket pasal interview di UniKL. setiap interview pasti ada yang menariknya kan?

so, UniKL ni terletaknya di bandar KL. saya dari shah alam ke kl sentral menaiki KTM Komuter. Alhamdulillah dapat naik keretaapi yang baru. hehe laju dan sejuk je rasa. ambil masa dari padang jawa ke kl sentral dalam 40 minit macam tu. 

sesampainya ke KL sentral, saya pon menapak lah ke tempat makan. lapor kot.. hehe saya mencari2.. oh, akhirnya berjumpa dengan chicken rice shop. saya order healthy meal dan makan sorang2.

pastu saya pon naiklah lrt rapid kl ke lrt putra dang wangi. pastu jalan ke UniKL dalam 5 minit. tapi berpeluhlah gak sebab panas kan.. ok first time tengok bangunan UniKL ni di Jalan Sultan Ismail. lawanyer.. masuk je saya nampak student2 kat situ buat exhibition siket. dapat jugaklah jenjalan. sampai pon agak awal. 

masa yang ditunggu sudah tiba. saya dijemput masuk ke HR department oleh admin mereka. dan saya tengok ada 1,2,3.... 6 orang calon? wau.. ramai gak. saya pon duduklah disebelah calon yang lain sambil mengisi borang application form. dah habis isi tu, saya pon mulalah bersembang dengan calon2 kat situ. memang mulut ni tak boleh diam kan. haha

yang menariknya, kebanyakan mereka ada experience mengajar. alamak! boleh dapat ke ni.. hmm tak boleh nak letak harapan tinggi... saya hanya bersembang dengan tiga orang calon sahaja. lagi tiga tidak mahu bercakap. mungkin nervous agaknya. dok bercerita - cerita tu, sorang calon adalah perempuan, dia adalah pensyarah kontrak uitm, dari master of business admin juga tapi dia sudah pon dipetik oleh Nestle. mungkin interview ini sebagai peluang kedua dia dalam bidang mengajar. lagi seorang adalah pensyarah dari unisel. mahu bertukar kerjaya katanya juga berasal dari MBA UiTM.. ramai jugak calon dari uitm ye..

so saya hanya bahasakan mereka kakak dan abang sahajalah ye. kakak tu pon bertanya pada saya, berapa interview dah pergi,, saya cakap banyak juga, dan minggu depan punya interview di MSU Shah Alam. kakak tu agak terkejut, dia tengok yahoomail dia.. oh, ye.. dia juga adalah calon MSU tu. hmm nampaknya dah jodoh lah kan. tapi dia cakap mungkin dia tidak pergi ke MSU kerana sama pula tarikh interview tersenut dengan hari pertama bekerja dengan Nestle. 

sambil menunggu giliran saya untuk diinterview, saya sempat jugalah bercakap dengan abang yang sorang ni. dia cakap mungkin UniKL nak pakai ramai orang tapi saya taklah menaruh harapan yang tinggi. setibanya giliran saya, saya pon masuk ke bilik interview. hmm ada 3 orang panel, dua orang lelaki, seorang perempuan. mereka tanya beberapa soalan:

1. tell me about yourself.
2. whats your career goal.
3. tell me about your research in your mba.
4. what part of marketing you really keen of.
5. n GOOD LUCK!

alhamdulillah, saya menjawab dengan excitednye.. interview saya pun tidak lama berbanding dengan calon yang sebelumnya. habis je interview, saya pon baliklah ke lrt dang wangi dan ke subang jaya. kenapa tidak ke padang jawa? kerana saya ada appoinment bersama rakan - rakan saya (shazzy n malek) untuk tengok wayang citer The Avengers. happy day! 


0 COMMENTS:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...