Terasa Nak Bermain Gitar.. How?

salam pagi..

hari ni mis nak kongsikan sedikit tentang pengalaman mis belajar main gitar dulu. saya x lah pandai sangat main gitar, tak sampai pro lagi, setakat main beberapa lagu ni bolehlah kan ..


apa yang bestnya dapat main gitar ni? haha sebenarnya muzik ni adalah hobi yang mis suka. main gitar + nyanyi masa berkelah sama kawan2 ataupun keluarga memang syok. :D

ok, bagi yang mula nak berjinak jinak dengan gitar ni, ramai yang terfikir nak kena masuk kelas gitar. duit lagi... huu tapi pada mis, gitar ni kalau anda minat (passion) sangat2, saya cadangkan anda belilah satu gitar.

ok, kos nak beli ni boleh lah mis anggarkan:

gitar paling murah akustik = RM 150
tuner = RM50
beg = RM 50 ( x beli pon xpe)

so, dalam RM 200. tuner itu untuk membetulkan tali gitar yang dah lari bunyi yang sepatutnya. selalunya beginner memang memerlukannya. mis pon pakai lagi.

ok, macam mana nak belajar gitar paling santai habis tanpa perlu pergi kelas? satu2nya cara adalah melalui YOUTUBE. tulah caranya yang mis belajar pon. pilihlag lagu yang anda berkenan, pastu masukkan "___ ( nama lagu) chords tutorial" atau gitar tutorial ke box search tu. terpulang pada anda.

dan anda boleh masuk satu laman web ULTIMATE GUITAR ni, untuk cari key2 bunyi lagu yang anda pilih. pilih "chords" ye untuk lebih senang. 

lagu pilihan mis yang saya rasakan senang untuk dimainkan adalah lagu Im Yours dari Jason Mraz. ni link lagu ni : KLIK SINI


lagu ni ada 4 chords (4 bunyi) yang perlu anda biasakan. untuk biasakan tangan anda dengan gitar ni sebenarnya memakan masa yang agak lama (mis ambil masa 4 bulan) barulah boleh strum dan tukar2 chords tu dengan laju. memang perlu kesabaran main gitar ni. tapi anda akan teruja mendengar kemajuan anda bermain lagu ni. seyesly.. :D

post lain kali mis akan ajar cara nak main lagu ni. 4 chords dalam lagu ni juga boleh main lagu Hey Soul Sister dari Train. Best x?



p/s: muzik juga boleh wat anda pandai tau.. hahah otak rasa jalan je. 

Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~