Monday, November 26, 2012

Interview -- City University College

salam pagi ~

kembali ke rancangan interview! haha



Jawatan: Business Lecturer

ok, kali ni saya dipanggil interview oleh City U.C kat Petaling Jaya. tempat dia ok, dekat dengan LRT. 

saya sebenarnya ditawarkan jawatan marketing exec pada mulanya, dan saya bersetuju atas jawatan tu, tapi hari lain dia tawarkan pula jawatan pensyarah. saya lebih bersetuju pensyarah lah kan. tu memang cita cita saya.

masa interview petang dalam pukul 3 macam tu. masuk2 je saya kena isi form, macam biasa. berborak2 kejap dengan calon yang lain. dia apply lecturer engineering.

dalam 30 minit menunggu, barulah saya dapat interview oleh pensyarah business di situ, seorang lelaki. soalan2 yang ditanya:

1. tell me about yourself.
2. how you will benefit the company if we take you as a lecturer here.
3. rank yourself on SPSS research software usage.

ok, SPSS tu adalah software yang digunakan untuk menganalisis data2 bagi research. saya menggunakan software ni sejak degree lagi kalau nak buat research kan. dia juga banyak tanya tentang minat saya pada social media dan juga research yang saya buat dulu masa master.

lepas interview, HR tu cakap, kalau saya terpilih, disebabkan saya tiada pengalaman mengajar lagi, saya akan dimasukkan ke dalam program Pensyarah Muda kolej tersebut. program ni macam TPM uitm lah kan. calon akan diserap masuk sebagai penolong pensyarah dan dalam masa yang sama, calon dikehendaki menyambung pengajian yang akan ditaja oleh pihak kolej. dalam kes saya ni, saya kena sambung phd lah kan. setelah habis menyambung pengajian, calon akan diikat kontrak berdasarkan nilai tajaan pihak kolej.

tips: dalam interview ni, saya lupa nak masukkan skill saya dalam blogging dan info secara terperinci tentang research yang saya buat dahulu (conference kat mana, keluar kat journal mana dll) ke dalam resume, yang mana kene tulis. so, siapkan resume anda secara terperinci k.

2 COMMENTS:

@re-tirah said...[Reply to comment]

Sis dpt xjawatan tu??ade tips x??mock teaching in english kan??

Fatin Husna said...[Reply to comment]

@re-tirah: saya x dapt. mock teaching in english T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...