Friday, January 4, 2013

Happy Belated New Year 2013!

salam pagi!

dah lama mis x update blog disebabkan mak saya sakit baru2 ini. Alhamdulillah keadaan dia kembali sihat.

ok, mis nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013. macam mana perjalanan tahun 2012 korang? ok?

tahun 2012 adalah tahun yang paling memberikan impak kepada keperibadian dan sahsiah saya sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Alhamdulillah, walaupun agak perit, memberikan saya satu titik tolak untuk berubah. :)



harapan saya untuk 2013 ni adalah harapan yang lebih baik, dari segi rezeki, keluarga, kerjaya, dan jodoh mungkin? hihi hanya Allah yang memberi, saya redha menerima apa pun.

lagi pon, saya sudah bermula azam saya bukan pada 1.1.2013. ia sudah bermula pada 15.11.12 (1 Muharram) yang lepas. :) Alhamdulillah berjalan dengan lancar.

tak kira lah pada tahun apa pun yang saya berada sekarang, yang penting semangat, tabah dan sabar itu perlu ada dalam kita menjalani perjalanan hidup sehari2. bagaimanapun, tiada azam untuk tahun ini , cuma ia mungkin satu titik tolak untuk saya melaksanakan azam yang belum terlaksana. :)

untuk pembaca kesayangan saya, terima kasih kerana sudi menyinggah ke blog ini. terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya. :) luv u all.

p/s: harapnye korang sentiasa happy menjalani tahun 2013. mungkin ada sesuatu yang "happening" atau " hang pening" akan berlaku. tunggu.. :D


2 COMMENTS:

boni kacak said...[Reply to comment]

semoga mak awak akan kembali sihat seperti biasa tau :)

mis fatin said...[Reply to comment]

@boni kacak alhamdulillah.. dia dah ok sket. thanks tau! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...