Pamplet MYBRAIN15: MYMASTER (dari KPT)

salam ramadhan..
 
sebelum nak tulis pos pasal mybrain ni, mis nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak (walaupun dah terlambat). jangan lupe bersahur dan terawikh ok?
 
ok, minggu lepas mis ada pergi ke career fair kat klcc dan terjumpe satu pamplet daripada KPT tentang mybrain 15. rasenya agak menarik jugak nak dikongsi bersama korang.
 
  MYBRAIN 15 MYMASTER
 
Objektif:
 
1. Menggalakkan graduan meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
2. Mensasarkan penajaan seramai 40,000 orang (quota mungkin?)
3. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
 
Kumpulan Sasaran
 
1. Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap, kakitangan swasta dan pensyarah IPTS.
2. Tiada syarat had umur dikenakan
 
Insentif:
 
1. Pembiayaan yuran pengajian sahaja tidak melebihi RM 10,000. Yuran akan dibayar oleh KPT terus kepada pihak bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima.
2. Pemohon perlu memiliki kelayakn akademik yang telah ditetapkan dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT.
3. Pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa di IPTA dan IPTS dalam bidang yang disenaraikan.
4. Pemohon tidak boleh menerima biasiswa lain.
5. Pelajar dikehendaki menandatangani Perjanjian bersama seorang penjamin tetapi tidak terikat untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak selepas tamat pengajian.
6. Kelulusan tertakluk kepada syarat dan prosedur permohonan yang ditetapkan.
 
p/s: pos yang seterusnya, MYPHD dan MYPHD Industry. tunggu... :P
 
 

Comments

boni kacak said…
wah.. macam menarik je tu
ade said…
artikel yang sangat indah sekali kak

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Slab Slai 2015 / 2016