Saturday, November 23, 2013

IIUM Slab / Slai Fellowship Interview 2012/2013.

Assalamualaikum wbt,
 
ok, seperti yang dijanjikan, mis akan menerangkan sedikit sebanyak pengalaman mis ke interview slab/slai uia/iium ni. alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah bagi ni, saya dapat berkhidmat untuk agama yang tercinta.
 
ok, slab slai ni terbahagi kepada 2 interview tetapi ini terpulang kepada fakulti masing2. fakulti mis adalah kuliyyah economics and management sciences. interview pertama adalah dengan fakulti, dan interview kedua adalah dengan rektor universiti. setahu saya, kalau fakulti sains, ada 3 interview sebab calon-calonnya ramai: interview pertama adalah mock teaching di fakulti, kedua dan ketiga sama seperti interview saya.
 
interview pertama dalam bulan 11 tahun lepas (2012), dengan fakulti. calon2 ada lebih kurang 30 + orang. alhamdulillah, interview tidak mengambil masa yang lama, dalam 5 minit. ada 4 orang professor dan doktor dari kuliyyah tersebut. interviewnya tidak begitu strict, santai sahaja. mula2 memperkenalkan diri dan selepas itu, cakap tentang pengalaman kerja, dan kebanyakan pertanyaan selepas itu adalah berkaitan research yang pernah mis buat sebelum ni. untuk interview pertama ini, mis memakai blazer (tak perlu pon xpe), bawak slide ppt (x perlu pon xpe) -_-", dan bersiap sedia dengan penerangan secara detail mengenai research yang saya buat semasa master dulu. dalam interview tu, yang saya tak sangka adalah mengenai research proposal yang sudah dibuat bagi application ke peringkat phd. kebetulan, saya memang sudah ada research proposal semasa memohon biasiswa TPM UiTM 2012 sebelum tu, so mis cerita yang itu jelah.
 
interview ke dua adalah selepas sebulan dari interview pertama, bulan januari 2013. saya kurang pasti berapa orang yang diambil, yang saya kenal hanya seorang dari interview pertama. interview kedua juga hanya mengambil masa 5 minit, kali ini ada dalam 6 orang termasuk rektor. ada soalan yang agak tak boleh jawab, so kena pandai twist jawapan. yang agak memeranjatkan saya, ada juga soalan yang di tanya daripada borang application yang saya isi dulu. haih, berpeluh nak jawab. yang lain, pertanyaan seperti research yang lepas, result akademik dan lain2 seperti di interview pertama. untuk interview ke dua ini, mis dah x pakai blazer, kurang prepare sebab ada personal problem sehari sebelum interview, tapi alhamdulillah, Allah permudahkan.
 
result interview adalah selepas 2-3 minggu interview ke 2. dia akan hantar guna email dulu. tolong cek spam juga ye, sebab saya punye offer email masuk spam, so lambat dapat tahu. mereka akan kol juga (saya rasa sebulan selepas tu) dan surat akan dihantar selepas email dihantar.
 
ok, bagi sesiapa yang apply slab /slai ni, saya sarankan jangan putus asa. masa saya mula2 apply biasiswa ni, application saya dah ditolak 2 kali, dan kali ke 3 barulah mereka hantar email yang menyuruh saya postkan salinan sijil2 yang berkaitan (ambil masa dalam setahun) dan yang penting, usaha dan tawakal tu perlu ada. borang application untuk biasiswa ini agak panjang (dalam 6 pages), kalau application anda ditolak, isikan balik dan submit balik. jangan putus asa k!
 
p/s: kalau ada pertanyaan yang lebih detail, boleh lah email kepada saya: phatien88@gmail.com.
 
 
 

7 COMMENTS:

Nur Fatimah said...[Reply to comment]

Salam fatin. Saya pun akan attend interview dengan rektor IIUM tak lama lagi, tapi untuk jawatan teacher je, huhu. Kalau fatin sudi share, selalunya rektor and HR akan tanya soalan yang macam mana ya? Nervous pulak, hehe.

One more - IV will be fully conducted in english kan?

Miss Fatin said...[Reply to comment]

Iv will be fully in english. Fokus pada online form dulu. Soalan2 seperti tokoh2 agama, dan buku agama yg dibaca mgkn akan disoal. Anyway nak tny lg, boleh email je trs saya.

farah norfarahin said...[Reply to comment]

slm fatin..yg slab iium ni dibuka utk awam or staf die shj ea?sy skrg bru dftr master d ipm (sem 1)..blh ke klu sy apply for slab ni?

farah norfarahin said...[Reply to comment]

*upm

Miss Fatin said...[Reply to comment]

Slab uia terbuka untuk semua. X semestinya staf. Saya pun menuntut di upm. Boleh apply kalau ade opening k

Atiq said...[Reply to comment]

Salam sis, saya nak tanya SLAB IIUM ni open sepanjang tahun ke & kat mana nak apply? satu lagi saya nak tanya kalau2 sis tahu berkenaan SKim fellowship SLAB/SLAI UPSI? saya google2 xjumpa pulak borang permohonan skim UPSI ni

Fatin Husna said...[Reply to comment]

Slab slai uia x buka sepanjang tahun. Depends pada kekosongan. Borang2 selalunya ada dalam website university itu sendiri.

Harap membantu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...