Wednesday, July 23, 2014

MYBRAIN 15 Dah Nak Ditutup?

assalamualaikum dan salam petang..
 
so, mis memang dah agak lama x update blog ni. sebelum mis masuk ke agenda utama tajuk kat atas ni, mis nak minta maaf sangat2 sebab banyak komen2 yang mis x balas. hari ni baru balas. sori2. agak bz dengan phd dan kerja part time. hehe
 
so sesiapa nak tanya pape, saya sarankan bagi terus email ke brainybugbite@yahoo.com / phatien88@yahoo.com (fb saya jugak ni, boleh add terus fb saya dan fb chat). segala kelambatan harap dimaafkan!
 
berkaitan dengan mybrain 15 mymaster / myphd, biasiswa ini akan ditutup pada hujung tahun depan. saya sarankan anda apply untuk kemasukan pengajian bulan 9 ini atau awal tahun depan (februari 2015) selewat2nya bagi tidak terlepas peluang untuk mendapatkan biasiswa ini.

 
gambar ini diambil daripada pdf "soalan lazim" dari website mybrain. agak tersembunyi sebab kena bukak dulu pdf nye.
 
 
so, talian akan ditutup sebentar disember setiap tahun. kenapa saya sarankan awal? sebab saya takut kalau permohonan anda di tolak atas sebab - sebab dokumentasi pada semester pertama, so anda kena mohon balik pada sem ke dua. so kalau apply awal, insyaallah sempat.
 
pada yang bertanya saya, ada jugak yang risau, adakah kompem2 biasiswa ini boleh dapat, kebarangkalian yang saya boleh bagi adalah 90% sebab xde lagi kawan2 saya yang mohon ditolak permohonan mereka kecuali atas dasar dokumen x lengkap, so kena mohon balik (mybrain dah agak particular dengan dokumen2 tersebut).
 
p/s: good luck sambung belajar! dan cepat2 mohon k! selamat hari raya!
 


0 COMMENTS:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...