Tuesday, December 23, 2014

Mencari Supervisor yang Sesuai ~

salam petang n assalamualaikum..
 
setelah sem ke 3 belajar research ni, mis diterjah oleh beberapa pertanyaan pelajar baru bagaimana nak mendapatkan supervisor yang ok dan sesuai dengan kita. post ni hanya lah pandangan mis, bukanlah penentu akan dapat supervisor yang ok ikut percaturan kita ye.
 
1. web HR
 
ok, yang penting nak cari supervisor yang ok, masuklah laman website universiti yang anda telah register, masuk bahagian HR dan tengok cv mereka. lihat bahagian research mereka, subjek yang mereka ajar, pengalaman industri mereka dan lain lain. tengok sama ada kita boleh sesuaikan tak dengan kemampuan / kepakaran kita buat research. orang cakap perlu keluarkan tajuk yang kita nak buat, tapi pada saya, tajuk akan berubah2, kadang2 tidak akan mengikut apa yang kita rancangkan dari permulaan.
 
2. informasi terdahulu
 
selepas dah target beberapa potential supervisor, tulis maklumat2 / copy paste mana2 detail yang penting dan permulaan mencari informasi anda bermula. try cari pelajar2 yang mengenali supervisor anda, dan kalau lebih baik dapat kontek dengan supervisee yang terdahulu. tanya cara supervisor mengendali mereka, sama ada sesuai tak dengan personaliti anda. jika anda jenis rajin dan tidak perlu supervision yang selalu, supervisor yang tidak begitu tegas pon sudah ok. setiap supervisor ada cara tersendiri mengendalikan supervisee mereka. papepun, kita perlu tanya diri sendiri. jangan terlalu meletakkan diri dalam keadaan yang selesa.
 
tips: bagi mencari supervisee terdahulu, anda boleh rujuk kepda cv target supervisor anda dan cuba cari melalui linkedin, google dan facebook. bagi mencari pelajar2 yang terdahulu, cuba aktifkan diri anda masuk ke kelas2 yang dianjurkan oleh pihak universiti dan berkenalanlah pelajar2 sebelum ini.
 
3. Tawakal
 
pada pendapat miss, inilah yang paling penting dalam pencarian supervisor. saya telah skip cara no 2 diatas dan berpegang pada cara bertawakal. tawakal dalam erti kata lain, berusaha dengan membuat solat hajat dan solat istikharah (setelah anda ada beberapa pilihan). minta ibu anda meminta doa dipermudahkan mendapat supervisor yang sesuai dengan anda. bukan supervisor yang menyenangkan anda dan "baik" dalam erti kata hati anda sendiri. sesungguhnya Allah itu maha tahu siapa yang layak menjadi supervisor anda, Dia lebih faham. pada mis, supervisor ni ibarat kita mencari jodoh, kita akan dapat sesuai dengan personaliti dan usaha kita sebagai seorang pelajar.
 
jika anda mempunyai masalah dengan supervisor, anggaplah ia suatu ujian, fikir positif dan kehadapan. alhamdulillah saya mendapat seorang supervisor yang tegas, dan memahami dalam masa yang sama selalu mengingatkan saya apa yang perlu saya buat (memandangkan saya ni jenis bertangguh. haha). jika supervisor anda terlalu baik, dan tidak kesah, itu lebih bahaya daripada mendapat supervisor yang tegas. apa2pun, anda yang mahu mendapat ijazah tersebut, usaha andalah yang perlu dilipat gandakan. jangan mengambil ringan dengan kebaikan supervisor anda. buat lah jadual, target untuk menghabiskan pengajian anda. dalam pembelajar jugak, jangan lupa pada yang Satu, minta dan mohonlah sebanyak demi memudahkan anda mendapat apa yang dihajatkan. bermula dari pencarian supervisor sehingga tamat pengajian.
 
p/s: saya nak grad!! T_T
 

0 COMMENTS:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...