Penipuan Umrah di Malaysia: Cara - Cara Mengelak dari Ditipu

Salam all..

Hari ni saya nak kongsikan cara - cara untuk mengelak dari ditipu penipuan Umrah. mis dapat informasi ni dari kajian PhD saya yang melibatkan penipuan umrah di Malaysia ni. Informasi ini dikongsikan untuk kegunaan bersama. saya dapat info ini dari Kementerian, syarikat2 umrah dan pelanggan umrah sendiri selepas interview dengan mereka. ok, cara - caranya adalah seperti berikut: 

1. Cari informasi tentang syarikat umrah.

selalunya, bila kita tengok agamawan (ustaz/ustazah) jadi model kepada sesetengah syarikat umrah, kita perlu cari informasi tentang syarikat tersebut. jangan hanya percaya kepada model tersebut. sebabnya, model tersebut hanyalah mempromosikan sahaja servis umrah mereka, yang menjalankan servis tersebut adalah syarikat itu. kat mana nak semak informasi ni? di sini: 


pastikan mereka mempunyai lesen umrah yang berdaftar supaya anda tidak tertipu. 

2. Pembayaran deposit. 

Syarikat umrah tidak boleh mengambil lebih dari 25% deposit dari keseluruhan pakej umrah. 21 hari sebelum berlepas, barulah pelanggan boleh membayar keseluruhan pembayaran pakej kepada syarikat umrah. 

3. Pembayaran kepada syarikat, bukan ejen.

kebanyakan syarikat umrah berdaftar sekarang sudah menggunakan pembayaran secara online untuk memudahkan para pelanggannya. jangan bayar tunai kepada ejen yang menjual pakej umrah ini. pastikan anda bayar terus kepada syarikat. pembayaran secara online, pastikan penerima bayaran anda adalah nama syarikat tersebut, bukan nama ejen (individu). 

4. Jika ada masalah, adu kepada Kementerian Pelancongan.

Jika ada masalah dengan pakej umrah anda, pastikan anda membuat aduan sepenuhnya kepada Kementerian Pelancongan. Anda boleh membuat aduan anda disini:


5. Harga minimum pakej umrah RM4990, 12 hari 10 malam. 

Pastikan harga minimum pakej anda adalah RM4990 untuk 12 hari 10 malam. harga yang lebih murah dari itu, jangan ambil. mungkin adalah penipuan. 

Comments

Popular posts from this blog

MBA UiTM. Mahu Join?

MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

Gong Xi Fa Cai to my best fwen!~