Cgpa for MBA UiTM~

by - April 04, 2012

salam rabu..


so hari ni penat buat proposal untuk minta 1 scholar phd ke Jepun. x taulah dapat ke x. ok, kali ni persoaln tentang cgpa / pointer yang harus ada bagi sesiapa yang nak sambung master business admin di uitm..

sebelum pape, mis nak minta maaflah kalau ada yang tersinggung untuk post ni. hanya mahu memberitahu sahaja. :)

ok, selalunya cgpa/pointer pada masa degree punya result bagi MBA di mana2 universiti awam termasuklah UiTM adalah : 

3.00 dan ke atas

semasa batch saya dahulu, UiTM masih mengambil tanpa experience kerja (fresh graduate) tapi disebabkan sebab - sebab tertentu (ada unsur kurang menyenangkan di sini), sekarang UiTM tidak mengambil lagi bakal pelajar tanpa pengalaman kerja sekurang kurangnya 2 tahun. so, buat sesiapa lepasan degree tu dinasihatkan kerja dulu 2 tahun, baru sambung master. 

saya ni dikirakan agak bertuah kerana saya ni fresh grad yang dapat terus sambung pengajian saya ke peringkat sarjana. tapi bila difikirkan balik, bagus juga bekerja sebelum sambung, sebab nak jadi pensyarah perlu ada pengalaman juga dan kadang - kadang ada sesetengah syarikat tu nak yang umur 25 tahun dan ke atas. so, kenapa perlu tergesa gesa kan?

tapi ada juga yang suka sambung terus, sebab x nak hilang rasa belajar tu. mungkin kalau mereka dah bekerja, takut tiada duit nanti bila belajar, atau tiada semangat lagi nak belajar (masuk kelas, buat assignment dsb).

ok, bagi yang cgpa bawah 3.00 pointer dan masih mahu belajar, boleh.. bukan x boleh.. caranya:

1. pengalaman kerja mesti lebih dari 2 tahun.
2. mendapat recommendation dari majikan untuk sambung belajar.
3. ambil MBA di IPTS.

bagi yang nak jadi pensyarah tu, saya sarankan selepas habis sahaja degree, cuba minta kerja guru, atau pensyarah (yang menggunakan qualification degree) sebelum sambung master. 

p/s: saya masih tercari - cari kerja sebagai pensyarah. hmm sekarang ni ambil je mana yang offer. -_-"

You May Also Like

10 comments