Temuduga MBA UiTM.

by - May 26, 2012

salam pagi.. 

hari ni mis dapat satu email dari pembaca blog, mahu bertanya tentang interview sebelum masuk MBA UiTM. sesudah beli pin di BSN, dan isi online application, calon akan dipanggil untuk interview. masa mis dulu, mis dapat melalui sms, memberitahu tarikh temuduga mba ni. dalam sms tu x de pulak letak masa (pukul berapa) nak pergi kan. nasib baik kawan mis, ana bulat dapat membantu. dia dapat info interview akan bermula seawal 8.00 pagi.

so mis datanglah menumpang di rumah kawan mis tu sehari sebelum temuduga. thanks ana! (kalau dia bacalah kan..) kitaorang pergi bersama - sama pagi tu, dalam pukul 8.30 pagi macam tu, kami calon - calon dikumpulkan dalam satu kelas untuk mengambil satu test (macam english test plus grammar sikit). calon - calon termasuklah yang dari part - time, full time dan juga research mode.

selepas dah ambil test tersebut, list2 nama pon ditampal diluar kelas - kelas yang ada kat situ. mis dapat pukul 10 pagi. 3 orang calon akan masuk sekali dalam satu temuduga. sebelum temuduga, sempat jugalah mis bersembang dengan calon - calon disitu. ada yang sambung kerana dapat tawaran Tenaga Pengajar Muda (TPM), ada yang sambung kerana ingin menjadi pensyarah (saya jugalah tu..) , ada yang sambung kerana ingin membuka perniagaan sendiri, dan sebagainya.

sempat jugaklah saya dapat tahu ada beberapa calon yang sebelum ini pernah di tolak permohonan. satu tips yang saya boleh bagi, dalam interview tu, hendaklah menjawab secara spontan, jangan menghafal skrip. jawablah dengan yakin dan jangan panik sangat. 

ok, masa yang ditunggu sudah pon tiba, saya masuk bersama seorang lelaki dan seorang perempuan, yang lelaki tu kawan baik saya sekarang merangkap ahli kelas saya sepanjang mba ni (shazeer), dia seorang calon TPM. yang perempuan tu bekas pekerja BSN, tak silap saya, mahu mengejar cita cita pensyarah. berdebar - debar sungguh masuk ke dalam kelas tu.

panel ada 2 orang, seorang perempuan dan seorang lelaki. alhamdulillah pertanyaan mereka tidaklah begitu sukar, 

1. why you want to continue your study in MBA?
2. what is your future goal / career?
3. tell me about yourself.

yang lain tu saya tak berapa ingat, tapi pertanyaan lebih kepada diri sendiri, dan kami menjawabnya dengan tenang dan yakin.sesudah interview, saya pun keluarlah dari kelas tu. kami bertiga berasa sangat lega setelah ditemuduga. saya pon mendapatkan kawan saya kembali (ana) dan dia pon menceritakan interview dia di kelas lain. dia mendapat panel yang agak2 psiko sikit, main gertak2 gitu, untuk menguji para calon lah tu..ada juga soalan- soalan yang ditanya berdasarkan isu - isu semasa (ekonomi dsb).

setelah habis semua diinterview, kami pun diberitahu untuk menghantar esei diri sendiri, sijil - sijil salinan dan juga report referee kepada admin Graduate Business School (GBS).

selepas seminggu, saya pun cek permohonan saya secara online di laman web uitm. alhamdulillah, permohonan saya lulus.saya pon membuat persediaan mencari rumah sewa di shah alam, dan saya dapat masuk ke dalam kelas C (kelas telah ditentukan ye). nampaknya saya terpisah dari rakan saya , ana. xpelah, dapat juga saya rakan baru nanti.

masuk je kelas C tu, saya jumpa kembali rakan saya yang ditemuduga bersama saya hari tu (shazeer) dan bila rehat dalam pukul 10 pagi macam tu, saya terjumpa dengan calon perempuan lagi seorang di kelas lain. nampaknya kami bertiga berjaya temuduga tersebut. :)

p/s: harap post ni dapat membantu bagi sesiapa yang nak gambaran interview MBA. semasa batch saya, jumlah pelajar yang UiTM mahukan adalah agak banyak, jadinya peluang itu lebih besar. kalau ada rezeki, adalah ok! kalau x de, jangan risau, mohon je U lain, pastu apply MY BRAIN 15 MY MASTER. good luck!


You May Also Like

12 comments