Rentetan Application My Brain 15 My Master! Part 1

by - November 03, 2012

Salam pagi..

ok, hari ni mis nak kongsi pengalaman saya masa apply untuk MYBRAIN 15 MY MASTER. untuk yang nak tahu macam mana biasiswa ni dapat kan..



ok, masa mis mula2 apply biasiswa ni, permohonan mis ditolak sebab xde kos saya untuk ditaja. tapi bila dah biasiswa tu mula menaja bidang mis, barulah mis apply balik. so untuk bidang yang ditaja adalah seperti berikut:

(a) Semua bidang pengajian kecuali bidang pendidikan
(b) Bidang pendidikan yang dibenarkan hanyalah seperti berikut:
  • Pendidikan berteraskan S&T;
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak /Pra-Sekolah;
  • Pendidikan Khas;
  • Pendidikan Bahasa;
  • Pendidikan Kurikulum;
  • Pendidikan Seni;
  • Pendidikan Sains Sukan
  • Pendidikan Psikologi;
  • Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.

ok, bagi yang nak masuk tengok, bolehlah tekan SINI.

biasiswa ni jugak hanya menaja sesetengah universiti sahaja. kalau nak tahu, TEKAN SINI. yuran pun untuk yang ambil coursework fulltime tu x melebihi RM 10,000. bolehlah tengok website diaorang ye. 

Bagaimana Nak Apply.

> anda perlu menukarkan dokumen2 tertentu untuk di "PDF" kan sebelum di upload dalam laman web dorang. dokumen tersebut seperti berikut:
  1. Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  2. Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda
  3. Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan).
  4. Borang Pengesahan Maklumat Pemohon
pastu dokumen 1 - 3 tu anda perlu cop dengan pegawai tinggi pastu kena scan. bagi yang ke 4 tu, anda perlu print dan isi pakai tangan, pastu di scan. dah scan, copy paste masuk dalam microsoft word 2010 dan tekan "save and send" (selepas tekan butang FILE) dan tekan "create PDF/XPS''. dah tukar kepada PDF, barulah boleh di upload ke dalam website.ok, bagi yang xde microsoft word tu, bolehlah save kan word anda (setelah anda copy paste picture dokumen anda dalam tu) dan masuk WEBSITE ni untuk tukar kepada PDF.

> dah tukar kepada PDF barulah register kat SINI. tekan pengguna baru k. data2 anda ni boleh dikemaskini kalau ada benda yang tertinggal, so x payah risau. registerlah dengan data2 anda, lepas tu upload dokumen yang berkaitan dan hantar.

p/s: sambung ke Part 2

You May Also Like

6 comments