Nokia Lumia 920. Pre - Oder !

by - December 11, 2012

salam pagi.. 


hehe semalam mis jalan2 kat jusco bukit tinggi. nampak dah pre-order untuk nokia lumia 920 sudah pon bermula pada tarikh 7/12/12. huii mis sememangnya tertarik nak beli nokia lumia 920 ni, walaupun orang cakap apps tak banyak, x kesahlah pon, mis bukannya gila apps, pakai yang basic2 pon dah cukup.

sekarang ni mis pakai samsung. disebabkan tensen dengan bateri yang selalu kong dan hang, mis sedang mencuri2 lihat handphone terbaru. ramai yang cadangkan iphone 5, tapi mis x berapa gemar dengan kekompleksan (ayat kau!) dia, saya melihat kembali apa yang ditawarkan di dalam market sekarang.

ok, disebabkan nokia lumia 920 ni ada windows 8 yang boleh menggunakan microsoft offices dengan cara yang mudah, saya sudah jatuh hati. mungkin ramai rakyat malaysia lebih sukakan samsung atau iphone, tapi nokia ni speks agak gempak, dan mis ingin mencuba. harga pon x lah mahal sangat.

harga RM 1999, boleh di preorder di kedai2 yang berhampiran. :)




p/s: setuju tak? hehe


You May Also Like

6 comments