MyBrain 15 MyMaster : Surat Tawaran, Yuran, Pembayaran Balik

by - June 27, 2013

salam malam..
 
:) sori dah lama x update blog. sekarang ni ramai yang sedang apply untuk postgraduate kan? untuk sem pertama september ni? saya pun x terkecuali :)
 
ok, untuk post kali ni, saya ada menerima soalan2 dari seseorang yang nak apply MBA di UKM. saya rasa bagus juga nak dikongsi. soalan2 dia:
 
1. saya kena apply kos dari universiti, dah dapat confirmation, lepas tu baru apply mybrain ke mcm mana?
 
2. kalau ya, makna nya saya kena dahulukan yuran pengajian dan tunggu dapat kelulusan mybrain?
 
3. awak tau tak so far dari kawan2 ke..what are the chances of not getting the mybrain sholarship?
 
4. kalau kos jumlah pengajian melebihi rm10K, kita boleh mohon lebih? kalau jumlah kurang rm10K, kita boleh minta baki mybrain?
 
jawapan saya (mengikut pengalaman):
 
1. awak kena apply dulu kos tu, dah dapat surat tawaran belajar dari universiti, baru boleh apply mymaster.

2. selalunya yuran pengajian dibayar sebelum final exam sem pertama (mengikut pengalaman saya, saya bayar seminggu sebelum saya final exam sem pertama, ini uitm nyer prosedur). saya rase universiti lain pon boleh mintak tangguh. cuba tanya admin universiti masing2.

3. so far mybrain15 mymaster senang nak dapat, ni info dari kawan2 saya. tapi ada juga yang cakap susah nak dapat untuk coursework. tapi dari pengalaman saya, kebanyakan akan dapat.
 
4. mybrain 15 mymaster hanya cover sehingga rm10,000. kalau yuran lebih dari itu, kena bayar oleh student tu sendiri. kalau jumlah yuran kurang dari rm10,000, x boleh minta baki sebab scholar ni hanya cover yuran (maksud saya, student xkan terima apa2 bayaran terus daripada mybrain, kerana mybrain hanya berurusan dengan bendahari universiti tu sendiri).

tapi ada juga kes yang melibatkan mybrain bayar terus kepada student jika student sudah membayar dahulu yuran pengajian semasa menunggu keputusan mybrain.
 
p/s: harapnya post ni membantu korang untuk dapat tau sedikit sebanyak pasal mybrain. :) yang diatas ni hanyalah post untuk Master program k. untuk PhD ceritanya lain pulak. hehe
 

You May Also Like

19 comments